Salam persaudaraan kami hulurkan buat semua ahli persatuan Konsortium Niaga Gabungan Saudagar Intelek (KONGSI) yang di cintai. Selamat datang kami ucapkan ke blog kami dari Kelantan Red Brotherhood Ent. (KRB).
Di harap dengan wujudnya laman blog ini, kita dapat berkongsi idea dan pendapat untuk membina sebuah rangkaian perniagaan dan sekaligus bersama-sama menyahut seruan pemimpin kita untuk menjadi sebuah persatuaan yang dihormati dan membina sebuah empayar kuasa ekonomi yang mantap di seluruh negara.
Keindahan suatu perjuangan bukan hanya pada perancangan dan pengorbanan semata-mata tetapi juga dengan kehadiran ikatan ukhwah yang terbina dari keikhlasan hati untuk sama-sama berjuang mencapai impian yang dipertaruhkan. Sebuah ikatan yang wujud daripada kesedaran untuk membina sebuah kejayaan demi mempertahankan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan yang kita kecapi warisan dari pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang yang terdahulu.
"Sesetengah orang mungkin tertanya-tanya mengapakah mesti kita pergi mendaki gunung-ganang apabila keadaannya lebih selamat jika kita tidur dirumah sahaja" Tun Dr Mahathir Bin Muhamad [Ketika berucap pada perlancaran projek Malaysia Everest'97]
Salam kasih dan perjuangan dari kami wilayah Kelantan.